Cara Pulihkan Tanah Yang Keras dan Padat

Tanah yang keras dan padat adalah antara sebab utama rumput jadi tidak sihat, lambat tumbuh atau mudah mati. Bila tanah terlalu mampat, akar rumput sukar nak dapat udara, air dan baja.


Kalau anda perasan rumput semakin nipis, berwarna kuning, atau air bertakung selepas hujan,itu tanda tanah anda terlalu padat.

Kenapa Tanah Jadi Padat?

  1. Terlalu banyak dipijak – contohnya laluan orang ramai, kereta sorong atau mesin rumput berat.
  2. Tanah jenis liat – tanah yang melekat dan tidak berpasir senang jadi keras.
  3. Air bertakung – bila hujan atau siraman tidak dapat menyerap dengan baik.
  4. Kurang bahan organik – tanah lama yang tidak dijaga akan jadi padat dari masa ke masa.


Cara Pulihkan Tanah yang Padat






1.Melubangkan atau Melonggarkan Tanah


Gunakan alat seperti garpu rumput atau alat khas untuk buat lubang-lubang kecil di atas tanah. Proses ini penting untuk:


  • Bagi akar rumput ‘bernafas’
  • Mudahkan air dan baja masuk ke dalam
  • Longgarkan tanah yang terlalu mampat

Tip: Waktu terbaik untuk melubangkan tanah ialah sele

2. Tabur Tanah Kompos atau pasir


Selepas tanah dilubangkan, taburkan sedikit campuran kompos atau pasir Ini akan:


  • Tambah ruang udara dalam tanah
  • Bantu saliran air
  • Beri nutrien semula jadi untuk pulihkan akar


3. Baja dan Siram Ikut Jadual



Gunakan baja jenis lepasan perlahan untuk membantu pertumbuhan semula rumput. Siram 2–3 kali seminggu secara mendalam, bukan sikit-sikit setiap hari.



Cara Elakkan Tanah Jadi Padat Semula


  • Elakkan pijak kawasan rumput terlalu kerap, terutama selepas hujan.
  • Alihkan posisi kerusi atau objek berat supaya tekanan tidak hanya pada satu tempat.
  • Lakukan proses melubangkan tanah sekurang-kurangnya setahun sekali, terutama kalau anda guna cow grass atau carpet grass.
  • Campur sedikit pasir atau kompos jika tanah terlalu liat.



Ringkasan Cepat


Masalah

Cara Atasi

Tanah keras, rumput tak naik

Lubangkan tanah & tambah kompos

Air bertakung, akar busuk

Longgarkan tanah & baiki saliran

Rumput cepat mati

Baja & siram ikut jadual


Dengan penjagaan yang betul, rumput anda boleh pulih semula dan menjadi lebih sihat walaupun tanah asalnya padat dan keras.



Kalau anda perlukan bantuan untuk pilih baja, jenis rumput sesuai, atau nak servis melubangkan tanah, kami sedia bantu.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Website utama :Pembekal Rumput

Whatsapp : 01151132007 

Comments

Popular posts from this blog

7 Fakta Menarik Tentang Landskap Berumput Yang Ramai Tak Tahu

Fakta Menarik Tambahan Tentang Rumput & Landskap Yang Jarang Diketahui

7 Tips Pilih Rumput Hiasan Halaman Rumah